Rabu, 7 Mei 2008

Dekat Di Hatiku

Tidak akan sempurna iman seseorang itu
Jika dia tidak mengasihi saudaranya
Sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri

Hatiku kembali tersentuh
Membisik untuk pulang ke sana
Di bayu pergunungan itu
Dilamar kedamaian kita

Biarpun kujauh di sini
Namun tak pernah lupakanmu
Itulah sebagai tandanya
Tidak sesalku beri ini
Hanya kau yang amat kusayang

Andai kau dengar lagu ini
Walau di mana dikau berada
Yang hidup atau yang telah tiada
Mengertilah wahai saudaraku

Dikaulah yang amat kurindu
Yang kusayang buat selamanya

Tapi apalah daya diriku
Tak terucap lagi dibibir
Walau air mata mengalir
Kutabahkan demi mereka

Kerana ku tahu
Ku kan pulang jua

Andai kau dengar lagu ini
Walau di mana dikau berada
Yang hidup atau yang telah tiada
Mengertilah wahai saudaraku

Dikaulah yang amat kurindu
Yang kusayang buat selamanya

Tapi apalah daya diriku
Tak terucap lagi dibibir
Walau air mata mengalir
Kutabahkan demi mereka

Kerana ku tahu ku kan pulang jua

Selasa, 6 Mei 2008

Apa Kes Dengan Kes Altantuya???

Saya tak tahu sama ada DPP di negara kita, otaknya yang berbelit atau lidahnya yang berbelit! Biasalah, asyik debate aje dengan peguam-peguam dalam mahkamah. Kalau dah itu kerja mereka, apa nak dikata?

Pada peringkat permulaan kes ni, saya buat endah tak endah. kisah tak kisah. Dalam hati kata." Malaslah nak ambik tahu kes Altantuya nie! Lantak dialah! Dia dah mati. Apa aku heran??? Dia bukannya ada kena-mengena dalam hidup aku! Tapi bila saksi pendakwa ketujuh, Lans Koperal Rohaniza Roslan mula memberi keterangan, saya mula tertarik sikit dengan kes ni. Lama kelamaan, saya jadi "peminat" kes ni. Itupun kerana saya nak membuat rujukan untuk buku cerita saya. Kalau tak, jangan harap saya nak ambil tahu pasal kes ni!

Seingat saya, dalam bulan Ogos tahun 2007, kes ni tertangguh 3 minggu dan kemudian bersambung semula pada 3 September. Lepas tu, DPP, Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata, beliau tidak akan menangguhkan kes ni. Tapi selepas tu saya tengok, banyak kali jugak kes ni bertangguh dan batru-baru ni bersambung pada hari ni (5 Mei). Itupun ditangguhkan jugak setelah 15 minit bersidang. Tapi yang ni atas alasan DPP Manoj Kurup tak sihat. Takpelah, mungkin masih boleh dimaafkan. Tapi yang sebelum-sebelum ni, kenapa asyik bertangguh? Saya rasa kes ni mungkin memakan masa dalam dua tiga tahun. Agaknya bapa mendiang Altantuya pun dah bingung dengan kes anak dia! Bayangkan orang tu temui ajal dalam hujung tahun 2006. Sekarang nie dah 2008, kes anak dia tak habis-habis! Macam mana nak habis, asyik bertangguh aje!!! Bila difikirkan balik, kesian pulak saya tengok dua orang anggota polis tu, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar. Sama ada mereka jadi pembunuh atau mangsa kepada pemangsa yang lain, kita tak tahu sejauh mana kebenarannya. Tunggu ajelah!

Okeylah, saya tak nak bercerita panjang takut nanti mengganggu proses mahkamah. Ini hanyalah pandangan dan luahan saya. Saya harap agar DPP dapat buat yang terbaik untuk semua kes yang dibicarakan termasuk kes ni.

Fikir-fikirkanlah dan selamat berdebat!

Kenapa dengan Pemimpin-pemimpin Kita???

Sejak Kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi membatalkan projek pembinaan jambatan Indah menggantikan Tambak Johor, saya sudah mula nampak "perangai sebenar" pemimpin-pemimpin di Malaysia terutamanya yang ada jawatan penting dalam kerajaan. Bukan niat saya untuk menghasut tetapi ini adalah luahan hati saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang berusia 19 tahun dan masih belajar di sebuah IPTA di Melaka.



Saya ingat lagi bagaimana Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz membuat satu kenyataan yang mana kenyataan itu seolah-olah mencabar Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kata-katanya yang saya masih ingat sehingga hari ini ialah "Saya sedia berperang dengan Dr. Mahathir" dan "Sekiranya Dr. Mahathir menjawab kritikan saya ini maka saya akan jawab balik. Kita tengok siapa yang letih." Tidakkah dia berfikir kepada siapa dia membuat kenyataan itu? Kenyataan-kenyataan yang dilemparkan, pada pendapat saya menampakkan bahawa beliau seolah-olah telah melupakan jasa dan bakti yang ditabur oleh Dr. Mahahtir selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri. Seingat saya, Dr. Mahahtir mula mengkritik keras kerajaan pimpinan Pak Lah selepas isu ini(jambatan Indah). Dia (Nazri) siapa untuk mencabar Dr Mahathir? Kalau dia ajak Dr. Mahathir lumba lari 500 m, sudah tentulah idola saya itu letih dulu! Ini tidak! Diajaknya Dr. Mahathir kritik-mengkritik. Saya percaya, tak sampai setengah jam berdebat, Nazri akan kalah! Bukan niat saya untuk memburuk-burukkan Nazri dan tugasnya atau mahu membangkang kerajaan tetapi saya memang tak puas hati terhadapa layanan yang diberi kepada Dr. Mahathir.

Tak hairanlah, memang patutpun BN kalah pada pilihanraya umum-12. Rakyat mana yang mahukan pemimpin yang bersikap sebegitu? Berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir, Ahli Parlimen Jerlun, ternyata rakyat berasa kecewa yang amat sangat terhadap layanan yang diberi kepada Dr. Mahathir oleh pemimpin-pemimpin yang baru. Memang beliau sudah bersara selama lima tahun tetapi sentimen rakyat terhadapanya masih menebal. Saya rasa, sentimen rakyat terhadap Dr. Mahathir melebihi sentimen terhadap Pak Lah!

Kemudian, berkenaan isu perlantikan Menteri Besar di Perlis dan Terengganu. Kenapa Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Idris Jusoh sanggup "menghina " institusi raja dengan mengatakan bahawa mereka tak mahu menghadiri majlis angkat sumpah Menteri Besar yang baru. Di Terengganu, kalau tak silap saya, hampir semua ADUN di negeri itu mahu memboikot majlis angkat sumpah Menteri Besar hanya disebabkan kerana Datuk Seri Idris bukan pilihan pihak istana. Dilema apakah ini? BIla Lim Kit Siang mahu memboikot majlis angkat sumpah di Perak, andan melenting! Tapi anda sendiri yang melakukannya. Di mana hilangnya rukun negara anda yang kedua? Kesetiaan Kepada Raja dan negara??? Di mana? Inikah apa yang diperjuangkan oleh UMNO dan BN??? Saya percaya, jika lima tahun akan datang ada pemimpin yang sebegini, tak mustahil pembangkang akan mentadbir negara.

Kesimpulannya, saya berharap agar pemimpin di masa kini menapis apa yang anda mahu katakan. Rakyat sentiasa peka. Mereka sentiasa meneliti apa yang anda ucapkan. Pada saya, pemimpin baru tak ubah seperti "pelajar junior" atau pelajar tingkatan satu di sekolah menengah. Manakala Dr. Mahathir pula seperti "pelajar senior" atau pelajar tingkatan enam atas di sekolah menengah!

Mungkin saya masih terlalu mentah untuk bercerita tentang politik, tapi inilah luahan yang saya simpan selama ini. Sebagai rakyat Malaysia, saya berhak menyuarakan pendapat saya.

Jadi, fikir-fikirkanlah dan selamat berbakti!!!