Khamis, 19 Jun 2008

MUHASABAHKAN DIRI ANDA

Wasiat Rasulullah s.a.w kepada Saidina ALi r.a.

1.Hai Ali! Bagi orang yang celaka tiga alamatnya:
-makanan yang haram
-menjauhi orang alim
-menjauhi petunjuk yang benar

2.Hai Ali! Bagi orang yang rosak akalnya tiga tandanya:
-meringan-ringankan fardhu
-banyak berkata-kata dalam zikir Allah
-mencela Allah

3.Hai Ali! Bagi orang yang gembira tiga alamatnya:
-menyempurnakan rukuknya dan sujudnya apabila sembahyang beserta manusia
-dikurangi apabila sembahyang sendirian
-cergas terhadap Alah di tempat orang ramai

4.Hai Ali! Bagi orang munafik tiga tandanya:
-apabila bercakap akan bohong
-apabila berjanji tidak ditepatinya.
-apabila diamanahkan akan mengkhianati, tidak bermanfaat kepadanya pengajaran dan peringatan yang
diberikan.

5.Hai Ali! Bagi orang kafir tiga alamatnya:
-ragu pada zat Allah
-benci terhadap hamba Allahyang beribadat kepada Allah
-lalai daripada taat kepada Allah

6.Hai Ali! BAgi orang yang bertaubat tiga alamatnya:
-menjauhi yang haram
-gemar menuntut ilmu agama
-tidak akan kembali berbuat dosa

"Barangsiapa mencari dunia yang halal dengan tujuan agar tidak meminta-minta, dikasihi tetangga, dan
memenuhi kewajipan keluarga, nescaya pada kiamat ia muncul dengan wajah berseri bak bulan
purnama."

MERANGSANG KEHEBATAN DALAM DIRI SENDIRI

1. Jaga solat dan lakukan ibadat-ibadat khusus dan umum.

2. Sentiasa bersangka baik terhadap orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4. Banyakkan bersedekah, sama ada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5. Memperbanyakkan sabar.

6. Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

7. Pamerkan perasaan sayang menyayangi antara satu sama lain.

8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa.

KALENDAR TAKWIM ISLAM

Bilangan bulan dalam kalendar Islam sebanyak 12 bulan dalam setahun, iaitu 354 hari. Firman ALLAH SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah 12 bulan di dalam ketetapan Allah di waktu Dia(Allah)menciptakan langit dan bumi."

Surah Al-Taubah: Ayat 36

PENGERTIAN

1.MUHARAM
Ertinya yang diharamkan. Diharamkan berperang atau bermusuhan.

2.SAFAR
Ertinya kosong. Orang-orang Arab di zaman Jahiliah biasanya menninggalkan kampung halaman masing-
masing kerana berperang.

3.RABIULAWAL
Ertinya musim bunga yang pertama. Pokok-pokok mula berbunga.

4.RABIULAKHIR
Ertinya musim bunga yang terakhir. Peringkat akhir bagi pokok-pokok berbunga.

5.JAMADILAWAL
Ertinya permulaan musim sejuk.

6.JAMADILAKHIR
Ertinya musim sejuk yang terakhir. Salji-salji masih lagi kelihatan di sana-sini.

7.REJAB
Ertinya kebesaran. Bulan yang dimuliakan oleh masyarakat Jahilliah.

8.SYAABN
Ertinya bercerai. Orang-orang Arab zaman Jahillian meninggalkan kampung masing-masing pergi mencari
sara hidup sama ada bertani ataupun berdagang ke luar negeri.

9.RAMADHAN
Ertinya panas terik.

10.SYAWAL
Ertinya mencawat ekor. Unta betina mencari pasangan.

11.ZULQAEDAH
Ertinya tempat duduk. Semua orang duduk beristirehat di rumah.

12.ZULHIJJAH
Ertinya bulan haji. Penduduk-penduduk di Arab berkunjung ke Kaabah di Makkah untuk mengerjakan
ibadat haji.

PETUA MELAYU

MAKSUD KOLESTROL

Kolestrol termasuk juga dalam golongan lemak, iaitu komponen penting yang diperlukan oleh tubuh. hati manusia sebenarnya boleh menghasilkan lemak secara semulajadi. Sabagai pengetahun, kolestrol hanya terdapat dalam haiwan, tidak pada tumbuh-tumbuhan

Cara mengurangkan Kolesteol Dalam Makanan...

1. Kurangkan penggunaan lemak haiwan, santan dan krim.

2. Kurangkan minat terhadap makanan segera.

3. Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran yang bersih.

4. Ubah cara memasakh kepada lebih sihat dan berdiet.


NENAS UBAT SELESEMA

Apabila anda diserang selesema, ambillah sebiji buah nenas, kupas dan buang matanya. Kemudian dihiris kecil-kecil. Setelah itu direbus dengan air dengan campuran 20 biji cengkhi, 2cm kayu manis, dan ditambahkan sedikit gula pasir. Kemudian ditapis airnya dan diminum berulang kali. Dalam tiga hari selesema anda akan sembuh.


NASI HANGIT

Bau nasi hangit memang menyengat hidung. Masalah ini dapat dielakkan dengan meletakkan beberapa batang cili kering ke dalam periuk nasi tersebut untuk menghilangkan bau yang tak disenangi itu.


GAMBIR HALUSKAN TUMIT

Jika anda berdiri terlalu lama atau anda alah kepada simen yang sejuk, anda mungkin akan mengalami tumit yang kasar. Anda boleh merawatnya dengan menyediakan sedikit gambir yang telah dihancurkan , setelah itu campurkan dengan air ramasan sirih, kemudian sapukan pada tumit kaki anda dua kali sehari. Lakukan sehingga tumit anda menjadi halus.

16 ETIKA SAUDARA SEISLAM

Dalam pergaulan sesama rakan seagama, Islam telah menggariskan beberapa etika atau adab yang perlu dipatuhi.

1.Mengucapkan salam ketika bertemu lalu jabat tangannya. Jika dia terlebih dahulu memberi salam, maka wajiblah kita menjawab salamnya.

2. Apabila mendengar rakan bersin, hendaklah mendoakannya dengan mengucapkan "Yarhamukallah" apabila mendengar dia berkata "Alhamdulillah".

3. Menziarahi rakan yang sakit dan mendoakannya agar segera sembuh.

4. Menziarahi apabila ada rakan yang meninggal dunia.

5. Memberi nasihat dan pandangan yang berguna apabila diminta berbuat demikian.

6. Orang Islam dilarang menyusahkan rakan seIslam yang lain dengan sesuatu yang buruk atau menyakitkan hati.

7. Jangan memutuskan silaturrahim sesama Islam lebihd aripada tiga ahri.

8. Tidak mengejek, menghina dan memanggil orang Islam dengan nama yang hina.

9. Dilarang memaki hamun tanpa hak, sama ada ektika orang itu masih hidup atau mati.

10. Jangan iri hati, dengki khianat dan bersangka buruk terhadap rakan Islam yang lain.

11. Wajib bergaul dengan semua rakan Muslim dan tidak memilih kawan tanpa sebab.

12. Menghormati yang tua, menyayangi yang muda.

13. Berlaku adil kepada orang Islam dalam segenap aspek kehiduupan.

14.Memiliki sikap cepat memaafkan, menutup aibnya dan jangan mendengar rahsia yang berkaitan rakan Islam yang lain.

15. MEmbantu saudara seagama yang memerlukan pertolongan.

16. Jangan menipu rakan seIslam yang lain.

RENUNGI KATA-KATA IMAM AL-GHAZALI BERKAITAN SOMBONG DAN ANGKUH

1. Apabila bertemu dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak masih belum banyak melakukan dosa berbanding kita.

2.Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih banyak melakukan ibadat kerana lebih lama hidup daripada kita.

3.Apabila bertemu dengan orang alim, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana ilmu yang mereka miliki dan pelajari lebih banyak daripada kita.

4. Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa kerana kejahilan dan kegelapan, tetapi kita membuat dosa dalam keterangan.

5.Apabila melihat orang jahat, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mungkin suatu hari nanti dia akan bertaubat dan insaf terhadap kesalahannya.

6.Apabila melihat orang kafir, berdoalah dalam hati agar suatu hari nanti pintu hati mereka akan disinari oleh taufik dan hidayah dengan izin ALLAH dan segala dosa mereka akan diampuni.

Rabu, 18 Jun 2008

SYARIKAT-SYARIKAT MILIK ZIONIS

Assalamualaikum kepada semua muslimin dan muslimat. Di dalam posting kali ini, saya ingin berkongsi maklumat yang saya dapat. Di bawah adalah senarai produk-produk yang memberikan keuntungannya kepada Israel.

1.Apax Partness & Ltd
2.AOL Time Warner
3.Arsenal FC (kelab bolasepak Inggeris)
4.Caltex
5.Celvin Klien
6.Colgate-Palmolive
7.Coca-Cola
8.Danone
9.Darlie
10.Delta Galil
11.Disney
12.Estee Lauder
13.Garnier
14.Home Depot
15.Hugo Boss
16.Intel
17.IBM
18.Johnson & Johnson
19.KFC
20.Kimberly-Clark
21.L'oreal
22.Lewis Trust Group Ltd
23.McDonald
24.Marks & Spencer
25.Marlboro
26.Nestle
27.News Corporation
28.Nokia
29.PEPSI (Pay Each Penny To Save Israel [bayar sedikit penny(matawang Inggeris) untuk selamatkan Israel])
30.Pizza Hut
31.Revlon
32.Selfridges
33.Starbucks
34.Sara Lee (Pembuat pakaian sukan Champion)
35.The LImited Inc
36.Timberland
37.Tommy Hilfiger

Adakah anda mahu meliaht rakyat Palestin terus dibedil tanpa sebarang pembelaan? Adakah anda tetap mahu bergantung kepada kerajaan Palestin dan perjanjian damai yang belum tentu hujungnya untuk selamatkan Palestin? Adakah anda mahu meliaht musuh kita mentertawakan kita apabila kita membeli barangan-barangan di atas???
Sebenarnya tanpa kita sedari... kitalah yang membantu musuh-musuh kita sendiri. Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama memboikot jenama-jenama di atas agar impian rakyat Palestin untuk hidup merdeka seperti kita tercapai suatu hari nanti selain untuk menunjukkan kepada musuh kita bahawa kita tidak mudah diperbodohkan!!!

Sumber rujukan :
1. Channel TV Iran, IRINN
2. E-Kariah Surau Ladang, www.surau.ladang.net