Bilangan bulan dalam kalendar Islam sebanyak 12 bulan dalam setahun, iaitu 354 hari. Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah 12 bulan di dalam ketetapan Allah di waktu Dia(Allah)menciptakan langit dan bumi."
Surah Al-Taubah: Ayat 36
PENGERTIAN
1.MUHARAM
Ertinya yang diharamkan. Diharamkan berperang atau bermusuhan.
2.SAFAR
Ertinya kosong. Orang-orang Arab di zaman Jahiliah biasanya menninggalkan kampung halaman masing-
masing kerana berperang.
3.RABIULAWAL
Ertinya musim bunga yang pertama. Pokok-pokok mula berbunga.
4.RABIULAKHIR
Ertinya musim bunga yang terakhir. Peringkat akhir bagi pokok-pokok berbunga.
5.JAMADILAWAL
Ertinya permulaan musim sejuk.
6.JAMADILAKHIR
Ertinya musim sejuk yang terakhir. Salji-salji masih lagi kelihatan di sana-sini.
7.REJAB
Ertinya kebesaran. Bulan yang dimuliakan oleh masyarakat Jahilliah.
8.SYAABN
Ertinya bercerai. Orang-orang Arab zaman Jahillian meninggalkan kampung masing-masing pergi mencari
sara hidup sama ada bertani ataupun berdagang ke luar negeri.
9.RAMADHAN
Ertinya panas terik.
10.SYAWAL
Ertinya mencawat ekor. Unta betina mencari pasangan.
11.ZULQAEDAH
Ertinya tempat duduk. Semua orang duduk beristirehat di rumah.
12.ZULHIJJAH
Ertinya bulan haji. Penduduk-penduduk di Arab berkunjung ke Kaabah di Makkah untuk mengerjakan
ibadat haji.
Khamis, 19 Jun 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan