Khamis, 19 Jun 2008

PETUA MELAYU

MAKSUD KOLESTROL

Kolestrol termasuk juga dalam golongan lemak, iaitu komponen penting yang diperlukan oleh tubuh. hati manusia sebenarnya boleh menghasilkan lemak secara semulajadi. Sabagai pengetahun, kolestrol hanya terdapat dalam haiwan, tidak pada tumbuh-tumbuhan

Cara mengurangkan Kolesteol Dalam Makanan...

1. Kurangkan penggunaan lemak haiwan, santan dan krim.

2. Kurangkan minat terhadap makanan segera.

3. Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran yang bersih.

4. Ubah cara memasakh kepada lebih sihat dan berdiet.


NENAS UBAT SELESEMA

Apabila anda diserang selesema, ambillah sebiji buah nenas, kupas dan buang matanya. Kemudian dihiris kecil-kecil. Setelah itu direbus dengan air dengan campuran 20 biji cengkhi, 2cm kayu manis, dan ditambahkan sedikit gula pasir. Kemudian ditapis airnya dan diminum berulang kali. Dalam tiga hari selesema anda akan sembuh.


NASI HANGIT

Bau nasi hangit memang menyengat hidung. Masalah ini dapat dielakkan dengan meletakkan beberapa batang cili kering ke dalam periuk nasi tersebut untuk menghilangkan bau yang tak disenangi itu.


GAMBIR HALUSKAN TUMIT

Jika anda berdiri terlalu lama atau anda alah kepada simen yang sejuk, anda mungkin akan mengalami tumit yang kasar. Anda boleh merawatnya dengan menyediakan sedikit gambir yang telah dihancurkan , setelah itu campurkan dengan air ramasan sirih, kemudian sapukan pada tumit kaki anda dua kali sehari. Lakukan sehingga tumit anda menjadi halus.

Tiada ulasan: